KEMBALI

Program Jelajah Edaran Bubur Lambuk AMK

Admin

23 April 2022

Saudara Munir Rosli Calon Ketua AMK Setiawangsa, Saudara Irfan Mahzan Calon Timbalan Ketua bersama Calon Baharu Jawatankuasa AMK Saudara Taufiq Mohd Soid. Mengepalai Program Jelajah Edaran Bubur Lambuk AMK telah diadakan pada hari ini.

Bubur Lambuk yang dimasak lemak dengan penuh kasih sayang oleh Calon Jawatankuasa Cabang dan Calon Jawatankuasa Wanita Cabang Setiawangsa Diketuai oleh Calon Ketua Cabang Dato Afdlin Shauki Aksan. 

Jelajah ini telah membuat edaran di sekitar kawasan Setiawangsa termasuklah di surau-surau tempatan dan di kawasan Rejang. Kelihatan juga Ketua Ranting Jalan Rejang Tuan Haji Mohd Asri Mohd Nor turut menerima edaran tersebut. *Jaga-jaga hj Asri nanti gambar viral kene direhatkan. 

Terima Kasih, Syabas dan Tahniah di ucapkan kepada semua Calon Jawatankuasa yang terlibat pada hari ini.