KEMBALI

Kenali Calon Ketua Cabang Setiawangsa:
Dato' Afdlin Shauki

Admin

3 May 2022

Wawasan Calon Ketua Cabang Afdlin Shauki untuk cabang Setiawangsa sangat mudah. Beliau mahu ceriakan ahli. Kita terlalu hanyut dengan politik sampai lupa siapa kawan dan siapa lawan. Macam mana nak perang kalau sesama sendiri pun bergaduh.

Team Afdlin Shauki menawarkan pimpinan yang terbuka untuk berkawan dengan semua pihak. Hasrat beliau mahu menjadi pemimpin masyarakat yang membawa keceriaan.

Hari ni kami sambung beraya, raya kan sebulan. Warga Setiawangsa kalau ada open house jangan lupa jemput, ada masa kami sampai!

#PEMILIHANKEADILAN2022 #Seangkatan #P118Setiawangsa